Sunday 10 July 2011

Memahami murid: Langkah 1.

Memandangkan pendekatan P&P masakini lebih banyak berpusatkan murid, guru perlu mengambilkira cara-cara murid belajar sebelum menyediakan aktiviti pembelajaran. Mungkin artikel di bawah boleh membantu guru-guru matematik yang kurang mahir, seperti saya, untuk meningkatkan mutu pengajaran...

Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.

Artikel penuh: Bagaimana kanak-kanak belajar matematik. 

6 comments:

  1. kita jgak perlu memahami murid supaya dpt menggunakan pendekatan p&p yang sesuai..

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang kita yang tidak memahami tingkah laku dan perbuatan mereka.Kena baca ni

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang begitu bermakna buat saya sebagai salah seorang guru Matematik juga...

    ReplyDelete
  4. salam..artikel ini boleh dijadikan panduan utk memahamipelajar dan menarik minat mereka belajar matematik

    ReplyDelete