Dunia semakin canggih dan selaras dengan itu, teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah juga perlu berkembang maju. Untuk panduan guru-guru matematik lainnya, saya kongsikan satu artikel yang agak padat juga isinya. Mari kita bincangkan...
Lubuk Keronge (210487)
Saturday, 16 July 2011
Tuesday, 12 July 2011
Cerpen-cerpen Azizi Haji Abdullah.
Bagi sesiapa yang berminat untuk membaca lebih lanjut hasil tulisan beliau, bolehlah melawat blognya.
Hubungan guru dan murid.
Sebagai guru rasanya hubungan kita dan murid merupakan hubungan interpersonal paling penting dalam organisasi sekolah. Hubungan yang baik perlu dipupuk dan dijaga untuk memastikan suasana mesra pembelajaran dapat diwujudkan dan dikekalkan di sekolah.
Cerpen khas ini sudah agak lama ditulis oleh pengarangnya, tetapi saya rasa masih relevan untuk ditatap dan dikongsi bersama. Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar darinya...
Cerpen khas ini sudah agak lama ditulis oleh pengarangnya, tetapi saya rasa masih relevan untuk ditatap dan dikongsi bersama. Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar darinya...
BERUK
Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu.
Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati murid itu dengan pandangan tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya.
Sunday, 10 July 2011
Memahami murid: Langkah 1.
Memandangkan pendekatan P&P masakini lebih banyak berpusatkan murid, guru perlu mengambilkira cara-cara murid belajar sebelum menyediakan aktiviti pembelajaran. Mungkin artikel di bawah boleh membantu guru-guru matematik yang kurang mahir, seperti saya, untuk meningkatkan mutu pengajaran...
Artikel penuh: Bagaimana kanak-kanak belajar matematik.
Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.
Artikel penuh: Bagaimana kanak-kanak belajar matematik.
Saturday, 9 July 2011
Menarik minat murid belajar Matematik.
Salam...
Tentu ramai yang maklum, subjek matematik merupakan 'killer subject' di sekolah-sekolah kerajaan. Ramai murid di peringkat UPSR terpaksa menerima sijil 'gagal' semata-mata kerana tidak dapat melepasi halangan subjek ini. Salah satu faktor utama mengapa ini terjadi ialah kerana murid kurang berminat mempelajari matematik kerana kandungan dan penyampaian yang tidak menarik dan agak 'kering' (dry).
Kertas kajian ini ada mencadangkan beberapa kaedah yang dapat diambil untuk membantu mengatasi masalah ini.
Pembelajaran Matematik Di Luar Bilik Darjah
Apa pendapat anda?

Salam awal pembuka bicara...
Asssalammualaikum dan selamat datang kepada anda yang sudi melewati blog ini. Saya berharap sebarang catatan yang dipaparkan di blog ini mamp mendatangkan manfaat bersama. Silalah berikan sebarang komen, cadangan dan kritikan sekiranya ada.
Dayung sampan hanyut ke muara,
anak sembilang jaring-jaringkan,
Blog disiapkan bersambut suara,
catatan terbentang sudi-sudikan...
Dayung sampan hanyut ke muara,
anak sembilang jaring-jaringkan,
Blog disiapkan bersambut suara,
catatan terbentang sudi-sudikan...
Subscribe to:
Posts (Atom)